19.10.13

MUDAH LUPA..

maaf entry kali ni saya guna aku untuk meluahkan rasa hati..

Haa kau kan ramai kawan, ramai gile kot bersepah kawan kau.. Lepas kau boring dengan yang nie kau pegi dekat yang lain sebab kau nie jenis memang tak cukup sorang untuk menagih kasih sayang.. untuk lepaskan ketidak puasan hati, kau membahan satu sama lain.. stok-stok cakap macam longkang macam lapa nak makan kaki.. hari-hari duk mengata sampaikan takde masa nak fikir cara nak jernihkan keadaan, orang nak buat baik kau menjauhi diri. aku tanya ape masalah kau, kau akan cakap aku ok.. pufft ok what?? kalau cara kau tu buat orang semua berfikir yang kau memang tak ok..


aku rasa aku ramai kawan. tapi setengah ada yang menyampah dengan aku and then setengah lagi boleh laa nak rapat-rapat, kepala gila dengan aku.. serasa aku laa kan ramai yang fake kot, kutuk-kutuk macam haram..ciss, macam laa aku tak tahu kan.. weh.. dunia nie kecik sangat weii.. kau ngata aku, last-last aku tau jugak.. dunia sekarang payah nak cari orang yang jujur.. silap-silap, orang yang kau duk begosip tu yang pecahkan tembelang ko kan.. hahaha


aku terima laa sebab aku pon kadang-kadang mulut macam longkang gak.. tapi aku kesian laa kat kau sebab kau nampak buruk orang jee.. kau ingat kalau kau buat macam tu orang sayang kau?? weii orang rapat dengan kau sebab nak tau cite je laa.. tolong laa aku kesian dekat kau sebenarnya.. takut kau tersesat jalan.. satu je aku nak kau tahu aku tak penah nak ada sedikit pon rasa nak benci kau.. :)

sebab aku tahu dunia nie karma.. ingat kita duk kutuk orang duk benci kat orang.. orang lain tak benci kita ke? tak kutuk kita ke? kita tak tahu laa.. entah- entah tahap kutukan dan cacian tuu lebih lagi.. mane laa kita naktahu kan? betul tak? so nak selamat.. kau hormat aku, aku hormat kau.. 


kadang-kadang aku terfikir, kenapa orang kaya nak kawan dengan yang kaya, yang cantik nak get along dengan yang cantik lepastu yang miskin, hodoh tepis ketepi buat macam sampah?? perlu ke ada perangai macam tu? tak perlu laa nak buat benda bodoh macam tu.. peringatan untuk aku jugak..biasalah kan manusia nie mudah lupa. sama la macam aku..


tapi nak buat mcam mane dah memang dalam hidup nie  kejap duk atas kejap duk bawah. bila sekarang kau duk atas, semua bagi perhatian kat kau kan. mula laa kau belagak bagus. tapi kau lupakan, masa kau susah sapa yang jadi supporters, yang dengar masalah kau, yang habiskan masa dengan kau, yang layan kau.. oh aku lupa tu masa kau tak berapa nak kenal orang.. ya memang aku lupa..


Ah bodoh. Lantak kaulah.

Okay fine. Maka, hari ni dah puas sikit. Even aku pon tak tahu apa yang aku taip, aku cakap pasal aku. aku nak ingatkan aku. Sebab aku pelupa. Walaupun aku tak perasan, manusia biasalah cepat leka. Aku cakap pasal aku. Bukan kaulah. jangan nak perasan sangat.. 

8.10.13

INTONASI

hari ni nak cakap pasal intonasi.. basic thing yang nampak remeh tapi kalau terkena memang sentap tahap tak sedo diri..

sometimes, intonasi ni sangat penting untuk sesetengah perkara. bila salah intonasi mula laa ada orang yang meroyan sebab salah info dan akan bergelumang dengan aktiviti salah faham. kalau dah salah faham tu payah pulak nak perbetulkan benda yang salah pastu sampai bila-bila laa nak sentap.. saya rasa ayat saya macam keling.. hahaha

bagi saya laa, saya rasa saya ni ada banyak intonasi masa cakap, kelemahannya bukan semua faham nada dan intonasi saya kecuali orang yang selalu dengar saya bercakap. untuk bagi orang faham cerita saya nie saya perlulah letakkan tanda intonasi dalam penulisan ni.. kan? make people interested in your words please :) hahaha apo pon tok buleh..

bila berada face to face, memang tak perlu laa nak mentionkan tanda soal, tanda seru, tanda lain-lain (buat masa sekarang saya lupa berapa banyak tanda yang ada dalam b.melayu). kadang-kadang nada dan intonasi  saya mengelirukan dan terjadilah salah faham dengan kawan-kawan. saya selalu fikir salah ke apa yang saya cakap atau intonasi saya tak sesuai dengan keadaan.. *saya confuse..:( *