7.11.13

sekarang dan dulu memang tak sama.


rasa dah lama tak update blog.. tak tau laa ada lagi tak orang nak baca.. tapi yang confirm baca blog nie mestilah penulis dia sendiri. hahaha

19.10.13

MUDAH LUPA..

maaf entry kali ni saya guna aku untuk meluahkan rasa hati..

Haa kau kan ramai kawan, ramai gile kot bersepah kawan kau.. Lepas kau boring dengan yang nie kau pegi dekat yang lain sebab kau nie jenis memang tak cukup sorang untuk menagih kasih sayang.. untuk lepaskan ketidak puasan hati, kau membahan satu sama lain.. stok-stok cakap macam longkang macam lapa nak makan kaki.. hari-hari duk mengata sampaikan takde masa nak fikir cara nak jernihkan keadaan, orang nak buat baik kau menjauhi diri. aku tanya ape masalah kau, kau akan cakap aku ok.. pufft ok what?? kalau cara kau tu buat orang semua berfikir yang kau memang tak ok..


aku rasa aku ramai kawan. tapi setengah ada yang menyampah dengan aku and then setengah lagi boleh laa nak rapat-rapat, kepala gila dengan aku.. serasa aku laa kan ramai yang fake kot, kutuk-kutuk macam haram..ciss, macam laa aku tak tahu kan.. weh.. dunia nie kecik sangat weii.. kau ngata aku, last-last aku tau jugak.. dunia sekarang payah nak cari orang yang jujur.. silap-silap, orang yang kau duk begosip tu yang pecahkan tembelang ko kan.. hahaha


aku terima laa sebab aku pon kadang-kadang mulut macam longkang gak.. tapi aku kesian laa kat kau sebab kau nampak buruk orang jee.. kau ingat kalau kau buat macam tu orang sayang kau?? weii orang rapat dengan kau sebab nak tau cite je laa.. tolong laa aku kesian dekat kau sebenarnya.. takut kau tersesat jalan.. satu je aku nak kau tahu aku tak penah nak ada sedikit pon rasa nak benci kau.. :)

sebab aku tahu dunia nie karma.. ingat kita duk kutuk orang duk benci kat orang.. orang lain tak benci kita ke? tak kutuk kita ke? kita tak tahu laa.. entah- entah tahap kutukan dan cacian tuu lebih lagi.. mane laa kita naktahu kan? betul tak? so nak selamat.. kau hormat aku, aku hormat kau.. 


kadang-kadang aku terfikir, kenapa orang kaya nak kawan dengan yang kaya, yang cantik nak get along dengan yang cantik lepastu yang miskin, hodoh tepis ketepi buat macam sampah?? perlu ke ada perangai macam tu? tak perlu laa nak buat benda bodoh macam tu.. peringatan untuk aku jugak..biasalah kan manusia nie mudah lupa. sama la macam aku..


tapi nak buat mcam mane dah memang dalam hidup nie  kejap duk atas kejap duk bawah. bila sekarang kau duk atas, semua bagi perhatian kat kau kan. mula laa kau belagak bagus. tapi kau lupakan, masa kau susah sapa yang jadi supporters, yang dengar masalah kau, yang habiskan masa dengan kau, yang layan kau.. oh aku lupa tu masa kau tak berapa nak kenal orang.. ya memang aku lupa..


Ah bodoh. Lantak kaulah.

Okay fine. Maka, hari ni dah puas sikit. Even aku pon tak tahu apa yang aku taip, aku cakap pasal aku. aku nak ingatkan aku. Sebab aku pelupa. Walaupun aku tak perasan, manusia biasalah cepat leka. Aku cakap pasal aku. Bukan kaulah. jangan nak perasan sangat.. 

8.10.13

INTONASI

hari ni nak cakap pasal intonasi.. basic thing yang nampak remeh tapi kalau terkena memang sentap tahap tak sedo diri..

sometimes, intonasi ni sangat penting untuk sesetengah perkara. bila salah intonasi mula laa ada orang yang meroyan sebab salah info dan akan bergelumang dengan aktiviti salah faham. kalau dah salah faham tu payah pulak nak perbetulkan benda yang salah pastu sampai bila-bila laa nak sentap.. saya rasa ayat saya macam keling.. hahaha

bagi saya laa, saya rasa saya ni ada banyak intonasi masa cakap, kelemahannya bukan semua faham nada dan intonasi saya kecuali orang yang selalu dengar saya bercakap. untuk bagi orang faham cerita saya nie saya perlulah letakkan tanda intonasi dalam penulisan ni.. kan? make people interested in your words please :) hahaha apo pon tok buleh..

bila berada face to face, memang tak perlu laa nak mentionkan tanda soal, tanda seru, tanda lain-lain (buat masa sekarang saya lupa berapa banyak tanda yang ada dalam b.melayu). kadang-kadang nada dan intonasi  saya mengelirukan dan terjadilah salah faham dengan kawan-kawan. saya selalu fikir salah ke apa yang saya cakap atau intonasi saya tak sesuai dengan keadaan.. *saya confuse..:( *

20.9.13

majlis anugerah kecemerlangan akademik


 Assalamualaikum semua, petang semalam berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik PKB JUN 2013 - sebuah event wajib jabatan perdagangan bagi menghargai "brainer-brainer" jabatan kami :) semalam jugak besday saya.. dapat anugerah dihari lahir :)

Event ni berlangsung pada pukul 2 petang dan berakhir 2 jam lepas tu. kejap je.. bertempat di Dewan Al-Ghazali. So untuk spesis pelajar cerdik & rajin, anugerah dekan ni kira kacang la untuk diorang...tapi untuk orang yang malas sikit dan kuat main macam saya ni, payah la nak dapat... huhuhu tapi kira bersyukur la dah dapat, akhir nya dapat jugak... Alangkah gembiranya sebab dapat merasa.

harap -harap sem nie dapat lagi. takpe kalau tamak ke arah kebaikan :) 



MC majlis.. rozaidi dapat AD jugak.. kira hebak laa sebab budak pemasaran nie jarang nak jumpe part 1 dah dapat AD.. tahniah :)



kami budak pengurusan perniagaan :) kelas kami 9 orang jee.. sem depan ramai lagi kot :)



atikah, saya dan aishah.. eh name kite same :)


gambar paksa bersama puan roslida.. :)


azila dan atikah


kegembiraan lepas hilang gentar nak ambik sijil.. :)



jasmeen, atikah dan saya :)

Bila berada di majlis ni sedikit sebanyak jiwa ni rasa berkobar2 untuk mendapatkan anugerah dekan insyallah semester ni.. tapi boleh ke agak2? hmm...kuatkan semangat..chayok2! fight it2!!



10.9.13

selamat ulang tahun ayah..


Ayah..

Telah Rapuh tulang-tulangmu
yang dahulu kau gunakan
untuk memberikan kami sesuap nasi
untuk menunaikan kewajibanmu sebagai kepala keluarga

Kini.. kau x berdaya lagi melakukan semuanya
kini.. kau hanya mampu memberikan kami nasihat
kini.. kau hanya mampu mengucapkan doa yang tulus untuk kami
untuk anak yang telah kau besarkan dengan kerja kerasmu

Ayah..
Air mata ini tak mampu membalas semuanya
semua yang kau lakukan untuk hidup kami
semua yang kau berikan kepada kami

Ayah..
Kasih sayang mu takkan mampu tergantikan orang lain
Perhatian yang kau berikan kepada kami takkan pernah kami lupakan
Walaupun kadang kami tidak mengendahkan semua yang kau berikan
Kadang kami tak pernah menghargai semua yang kau berikan

Kini, kamilah yang harus melakukan semuanya
Kamilah yang harus membalas semuanya
Kamilah yang harus memperhatikanmu…

Ayah..
Izinkanlah kami menjadi anak yang berbakti kepadamu
Anak yang tak melupakan kasih sayangmu
Izinkanlah kami untuk membahagiakanmu

Meskipun kami sedar
itu semua tidak mampu membayar semua yang telah kau berikan
dan kami sedar, nyawa pun takkan mampu membalas semuanya…

Terima kasih ayah.. 
Kini kami menjadi orang yang mampu berdiri
kini kami mampu menjadi orang yang mandiri
kini kami mampu menapaki hidup dengan doa dan kasih sayangmu…

"Aku Sayang Kepadamu Ayah"...
"Aku Rindu Kepadamu Ayah"...












dedicate for alang and ayah :)

10.8.13

my first syawal

selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

for those kepada korang yang baca blog saya, mybe ada tersentap hati atau sakit hati dengan saya. ampun dan maap di pinta.. tak kisahla kelasalahan tu saya sengaja atau pun tak sengaja. to behonest, i'm truly sorry :)

soalan sahabat, how was my first day of syawal? hebak babe hebak sesangat.. saudara mara yang datang ke rumah pon ramai gile.. tapi duit raya je yang kurang.. :D 

so semuanya ok and awesome mase hari raya !

tersangatlah sibuk kiteorang sampaikan nak bergambar pon tak sempat.. but 
I was extremely exhausted yet full of satisfaction. heart













suke hatilah kan nak letak gamba sendiri sebesar screen korang :)


5.7.13

Rutin harian

i belive i can fly.. hahaha tak delah, i belive semua orang ada rutin harian sendiri dan ada pilihan untuk diri sendiri. and i tak boleh nak cakap banyak-banyak sebab hak masing-masing, and im still a student macam korang semua! masih merangkak utuk kehidupan yang sangat mencabar.. Business student - friends - housemate- and so on :)

disebabkan sekarang tengah duk layan cherito hanya padamu dengan housemate dan menggunakan broadband housemate yang terrsayang dapatlah nak sharing-sharing aktiviti hari kuliah.. dengan ada idea ini dapatlah nak buat  post.. hahaha


- journey of my life -

6.30 am- rupa-rupanya terdito sampai pagi. Bangun solat subuh and then siap2 nak g kelas pukul 8.15

7.50 am- keluar dari rumah, jalan kaki g kelas yang berada di tingkat 4 tanpa menggunakan lift.. hahahha.. sampai kat kelas around pukul 8 

10 am- 12.30pm- pensyarah keluar masuk, tukar subject.. keluar kelass tu masuk kelas nie

1.25 pm- solat zohor kat rumah.. untung laa rumah dekat

2-5.00pm- masuk keluar kelas lagii.. test, quiz semua rembat.. pinjam tongkat nak tahan mata.. hahaha

5-7.00- balik rumah solat asar kalau rajin keluar g taman lari-lari.. kalau malas layan cite upin dan ipin laa gamok nyee.. tapi banyk yg malas dari yang rajin.

7-9.00- siap2 diri, solat magrib  isyak pastu ngaji-ngaji dengan roomate, dinner dengan housemate. buat hal masing-masing..

9-11.00- belek buku, tengok subject ape yang nak belajar esok, siapkan assignment kalau ada.. gosip-gosip sikit.. hahaha

11.30- aku dah belayar entah kemana.. semua cakap aku tak remaja sebab tidur awal.. haha tapi ada aku kesah ??



2.5.13

cuti cuti 1

salam-salam

cuti-cuti nie mesti syiok kan? yolee heaven kan cuti 2 bolan.. tak payah bangun pagi-pagi berebut tandas, kejaran masuk kelas, tak payah pening tentang quiz, test, assignment dan dengan perangai pensyarah yang kadang-kadang buat kita berjauh hati. HAHA but fyi, saya seorang yang dedikasi dan dikasihi oleh penyarah.. ciss ok yang lain tolong jeless...

disebabkan saya letih duk goyang kaki kat rumah, habiskan makanan yang umi masak, dengan istiqomahnya saya taknak habiskan masa dengan benda yang sia-sia cam gitu tanpa menunggu sesuatu yang sulit untuk ku jalani.. eh keluar lirik lah pulok.. maap ya..

kalau kamu perasan macam saya macam  takde kawan jekan? haa memang pon.. saya selalu jer keluar dengan orang yang sama.. senang tak payah nak fikir.. call, set masa n then diaorang datang ambik.. wahwah bajet ada driver gituu.. haha tak de maknanye biasalah dah bestfriendskan.. senang bersama susah kau sorang lah!! eh tak, susah senang bersama :) lagipon kitaorang dah selesa macamnie..

tempat yang dituju adalah Pantai Cahaya Bulan .. lagipon dekat sangat dengan rumah lebih kurang 30minit dah boleh sampai. kiranya nie satu keajaiban bagi aku yang dulu kureng minat dengan pantai :)
ok laa, dengan pemandangan yang cantik lah sangat, dapat cuci mata beb, astagfirullah lagho tuu jaja. dapat cerita benda sensasi dengan bestiess.





 dapat peluk-peluk di khalayak ramai nie best gile weyh!! rase kasih sayang tuu makin kuat.. HAHA terapi minda dan jiwa :) kalau tak caya cube buat tapi niat kena betul. nanti tak pasal-pasal kena ban..








biasolah kalau dah kawan lame nie kalu jumpe je mesti terus hilang keayuan!! macam pompuan gila.. tapi nasib baik aya baik hati upload gambar semua yang ayu ayu je :) saya dengan elin, dengan bahie dengan ida dah kawan lebih 5 tahun kot.. dari sekolah menengah lagi jadi semua cerrita korang dalam kocek aku je. HAHA =) muah

30.4.13

senyum :)



Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dan jua kamu
Meski kamu bisa beriku bahagia
mungkin itu semua akan buat ku tertawa :) 





















25.4.13

done for part 2 :)




ehem ehem.. wei laa rasa lame gile tak update benda nie.. haha nak taip ape nie?.. maklum lah semua dah tepu lepas kena jawab final 4 paper untuk 3 hari berturut- turut.. hahha ekonomi  masih lagi melekat dalam kepala, marketing strategi masih lagi ralit meniti di bibir, management masih duk berlegar-legar depan mata and mathematic business punyer rumus dalam ingatan..

kamu semua i'olls dah habis part twoo..Walaweh! macam tak berapa nak percaya jer . rasa macam semalam  daftar khusus untuk sem nie tuptup dah habis eh. hahaha sem depan ambe dah senior beb!! haha *belagak*

ok nothing much and having some much fun :)


with  my housemate and sorang dua tu akan jadi my X housemate :)
















kerana mu kujadi begini :)



and this for student poli :)




12.2.13

surat buat sahabat

for my soulmate :)


setiap apa yang berlaku mesti ada sebab dan akibat. mula-mula memang laa payah untuk terima perubahan keadaan yang kita alami. tapi, jangan la cepat berputus asa, anggaplah semua nie sebagai cabaran dan latihan untuk kamu makin tabah pada hari-hari yang mendatang.

yeah i know!! bukan sesuatu yang senang untuk lalui setelah kecewa.. ibaratkan seseorang yang jatuh dari tingkat 10 mengalami kecederan parah tapi tak mati!! hanya kesakitan yang menemani setiap saat.. bukan senang nak sembuh tambahan lagi kekecewaan nie melibatkan hati dan perasaan.. seolah-olah separuh dari nyawa kita hilang tanpa dapat dikessan, tapii....belive it, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah yang tersembunyii.. kita tak tahu nasib kita esok lusa :)

mungkin ini ujian untuk kamuu sayang.. kalau hari nie kamu kecewa, bukan selamanya kamu nak kecewa kan?. Tuhan itu mahal adil, Maha Pengasih dan Maha Penyanyang teman.. setiap orang ada ujian masing-masing.. orang lain takkan merasakan beban yang kamu tanggung sebab lain orang lain kemampuan.. you definitely can face it!

kamu perlu kuat dan kamu juga perlu tahu bukan semua yang kita inginkan kita akan dapat dengan mudah.. cubalah merenung masa silam untuk jadikan pengajaran, perhatikan sekeliling untuk dijadikan panduan.. for somebody yang buat kamu kecewa "jangan kita gembira tentang perkara yang belum tentu jadi hak kita." *take note pliss

hidup ini terlalu singkat untuk melakukan benda yang sia-sia.. move on!! banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dari duk fikirkan dia.. tidak salah sekiranya kita menjadi seseorang yang sangat pentingkan diri sendiri.. dari menjadi seseorang yang sakitkan diri sendiri..

kamu selalu tanya "kenapa susah nak lupakan dia"

jawapan yag paling senang adalah kita punya hati dan perasaan tambahan pula kita juga ada ingatan yang segar dan masih waras.. melainkan kamu tu lupa ingatan!!
orang yang dibenci sentiasa di ingat inikan pula orang yang disayang!!

kalaulah nak sangat ingat saat manis bersaamaaaa dia tu buat lah pedoman dan yang pahit,yang kejam tuu jadikan pengajaran.. moga-moga dapat menghilangkan rasa kuciwaa kamu..

lastly,
dunia hanyalah transit yang sementara, hari mendatang terlalu beharga untuk dibazirkan dengan kisah cinta yang tiada kesudaha, tiada benda yang kekal sayang... sama jugak dengan kebahagiaan dan ketenangan jiwa, titisan airmata dan luka dihati.. banda nie semua tidak akan kekal.. soo~~ what goes around come around :)

trust me my dear, satu saat kamu akan mengerti segala-galanya.. hukum karma pasti ada. kebahagiaan yang hakiki pasti akan datang kalau kamu redha.......

you never alone at the first place..

jangan pernah mengalah untuk menghadapi hari-hari mendatang :)
 smile always...



for my bestfully friend :)) muah  muah lot of love for you...


9.2.13

my cruch :D






hez hazmi :
kau ukir padaku senyuman hai manisnya
kau renung mataku rasa luar biasa
bagiku dirimu adalah segalanya
bagimu diriku hanya teman biasa

chorus :
mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush masih rahsia
ingin ku ucapkan iloveyou kepadamu
tapi, tak termampu

akira shukri :
senyummu dan ketawa buatku tergoda
hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
bagiku dirimu kurnian terindah
bagimu diriku bercinta takkan pernah


chorus :
mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush masih rahsia
ingin ku ucapkan iloveyou kepadamu
tapi, tak termampu

RAP :
tiap kali berjumpa
hati terasa ada cinta
namun takmampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
kiniku tertanya tanya
sudahkah engkau berpunya
jika masih tiada siapa
inginku mulakan langkah
bilaku ingin bicara kata tak mampu terluah
kerana personamu membuat ku merasa
sebuah cinta dan harapan
penuh dengan oh cabaran
tidak mudahku mengalah
terus cari cuba curi cinta dihati untuk dihati

chorus :
mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
you are my crush masih rahsia
ingin ku ucapkan iloveyou kepadamu
tapi, tak termampu

7.2.13

kembali pulang


         salam semua :D

finally , i'm backkkkkkk ! did anyone miss me ? doubt you did ! haha . . hampir beberapa bulan aku karam dalam kesibukkan dan kemalasan , aku kembali menaip entry . oh yeayyhhh ! sorry laa kalau ada yang aku tak sempat nak turuti kemahuan kamu-kamu semua . faham-faham je laa eh ? 


semester baru. cerita baru. masalah baru. semua benda nak baru. walaubagaimanapun aku nie boleh diklafikasikan dalam kalangan manusia yang tabah menghadapi cabaran, merentasi onak dan duri mahupun dugaan apabila berjaya menaip entry yang pertama pada tahun nie.. dah masuk bulan dua pon.. sodih betul sebab tuu rase malas jer nak update.. haha alasan padahal memang tak tau nak taip pasal apa.. ok fine harap-harap tahun nie semua yang baik-baik jer terjadi.. insyaallah :))

we never know ape yang akan terjadi pada hari-hari mendatang