30.12.14

bertemu kembali

untuk tahun baru yang akan datang..

buat semester terakhir aku ,
ini adalah penghabisan cerita sebagai student business.
harap aku biarlah akhir dengan cemerlang.
tolong berikan aku semangat untuk berjaya.

tiada apa yang diingikan daripada semua,
hanya satu harapan berlegar dibenak kepala..

aku berharap dengan rendah serendah dirinya ,
maafkan lah aku untuk lima sem lepas dan satu sem yang terakhir ini,
aku seorang yang penuh dengan egois dan penuh rasa bangga diri,
maafkan aku.

jika kamu ikhlas maafkan aku..
begitu juga aku yang sepenuh hati seikhlas rasa maafkan kamu kamu semua.

harap kita semua berjaya ditahun akhir ini..
best of luck korang :)

*budak kelas DPM B
*housemate semua
*geng yang bertegur sapa di tepi koridor
*budak buhani ex2

salam sayang untuk korang..
muahh

19.4.14

last day praktikum

dah lama tak bercerita. hari nie baru rasa nak update blog. maklumlah cerita yang ada sentimental value jer baru boleh share.

alhamdulillah, selesai 20 minggu aku betapa di SKM  (praktikum). macam sekejap pulak rasa. dulu masa mula-mula start rasa boring. yelah dah takde kawan tapi dalam masa sebulan jelah. lepas tu hari-hari rasa nak p keje. tapi kalau ada peluang cuti aku cuti jer.. hahaha

malas nak taip panjang-panjang.. so, tujuan utama tulis entry nie sebenarnya nak upkan gambar last day jer.. jadi dengan itu layanlah gambar jer ye semua :)




nie bukan gamba harri last, tapi saje nak letak jugak.. haha gamba kat bawah baru last day :)






nie pegawai-pegawai yang sporting.. kecuali yang duk depan sekali dengan belakang sekali.. sebok jer.










3 gamba kat atas nie pegawai yang laagii laa sporting.. memang takleh tengok kamera semua sawan. hahaha













hahaha.. gamba kat atas semua nie budak-budak yang sawan monopod + camera.. amirul yang kesian selalu handset dia yang jadi mangsa.. hahaha

warrhg.. do you know how much i miss this sweet beautiful moments.. selama 3 bulan bergaduh, makan bersama dari pagi sampai petang.. kompem nanti hari-hari aku msg. terutama kat akak2 kesayangan hahaha.. 

serius wa cakap lu, nie pengalaman yang manis untuk dikenang. 

7.4.14

denda

best laa budak zaman sekarang,
cikgu tak boleh nak cuit sikit pon..
mase aku sekolah dulu
bukan setakat cuit, 
macam-macam jenis denda aku dapat

kalau tak buatkeje sekolah, 
memang dah sah kena denda tengah panas 
takpon kena pulas perut dekat cikgu

kena pulak depan budak laki 
(maklumlah masa zaman sekolah kelas laki pompuan asing-asing)

tapi budak sekarang..
tak buat keje sekolah
kena duk berdiri luo kelas
balik ngadu kat mak ayah
pastu mak ayah budak pulak tolong buat saman,

untung gila bangbess..

sekarang baru aku tahu kenapa budak sekarang 
manja tak bertempat,
mengada-ngada..

sekarang aku faham kenapew budark2 sekawang tak tawu ejew.

pemalas.

otak termati.
tak kreatif.

aku penah masuk sekolah kot,
aku penah lalui alam persekolahan 12tahun.
penah ada perasaan benci kat cikgu,
ada rasa marah kat mak aku sebab mak aku lain tak sama dengan mak orang lain

siapa tak nak ayah mak yang spoting tahap dewa.
kan?

tapi sekarang ini aku tahu
kalau aku tak lalui semua ni,
tak penah rasa batang penyapu kat atas belakang,
berbirat kena libas dengan lidi
kemungkinan aku takde tempat aku duduk sekarang.
 walaupun aku tak berjaya nak balas budi mak ayah aku lagi

aku berterima kasih untuk setiap birat badan aku yang menjadikan aku manusia.
dan aku akan jadi maknusia. bukan lahanat!

betullah kata orang--
if your child hates you at their adolescent years--
be calm;
you are doing it right.

aku nak tulis pasal nie sebab aku terbaca benda ni..