17.10.11

sedap sangat ke mengata orang??






assalamualaikum:)) nak tanye cikit:

kenape kite suka mengata orang ye? best sangat ke duk mengata 2.. macamlah boleh dapat pahala... dapat dosa boleh laa.... Emm mungkin ini peringatan untuk diri sendiri... Jaja pon manusia biase kadang-kadang tak lepas dari terlepas kata... Yang Jaja selalu alami laa.. maybe semua budak sekolah pon penah alami apabila seseorang merasa rendah diri, maka mereka menggunakan kata-kata nista dan fitnah untuk menutup kelemahan diri sendiri. adeke patut.. Contohnya apabila membentangkan sesuatu tentang apa-apa perkara, tidak perlu memburukkan orang lain semata-mata untuk menunjukkan kehebatan diri sendiri. Dayus dan sangat bodoh namanya tindakan seperti ini. hahaha memang bodoh!!

Jaja pon ada pengalaman dalam benda yang annoying macam nie..:), memang rasa aman kalau dapat cerita bab keburukan orang ni,. Yelah bila seseorang kita dah benci dan menyampah, memang syok kita cerita keburukan dia tu. Tiap-tiap hari, tak jemu cerita pasal dia:) ye ke idok?

Jika kita buat salah, segeralah bermuhasabah diri dan jangan saling tuduh menuduh!!.Tiada siapa dapat membela kita kalau bukan diri sendiri. Apabila kita saling mengata orang lain.. Ini sebenarnya menunjukkan kelemahan dan keburukan diri kita sendiri. Terimalah kesalahan yang kita lakukan dengan hati yang terbuka kerana kita akan lebih berjaya pada masa akan datang... 
Sebab bila kita cerita perkara buruk seseorang, sebenarnya kita lagi teruk. Orang yang kita mengata tu free je dapat pahala. Kita? jawabnya free dapat dosa..:).

Orang yang suka mengata nie same je dengan pepatah nie..

"mengata dulang paku serepih, mengata orang dia yang lebih-lebih..."





15.10.11

rindu kat umii..:(

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

13.10.11

satu penghargaan


“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA....

7.10.11

how i'm act??

How i act at school?

                                   i'm totally hyper! i scream,i laugh loudly and i sleep. i love my schoolmate (:
caring tak i?

How i act around my friends?

i'm the noisy one. oh! i'm a good sparing partner you know? (:

How i act around my family?

simple, i'm the lazy and annoying one. hihihi (:

How i act when i'm with him?

i don't have 'him'. sorry but i can be gedikss one hahaha (:

How i act when i'm alone?

reading, sleeping and ........ (:

how i act when i'm with you?? answer me (:

3.10.11

cik umi dan encik ayah pegi haji

assalamualaikum...

sekarang nie semua orang tahu musim nie musim haji... Jaja sedia maklum sebab cik umi dengan encik ayah Jaja yang nak pegi haji...

sebelum pegi kena hantar kat kelana jaya.. ya ampum dalam kepala hotak Jaja bahawasanye kelana jaya nie same macam klia tue... yang ada kapal terbang:) tengok2 andaian Jaja seleset... salah sangka rupenye:)
hari sabtu lepas family Jaja pegilah hantar umi dgan ayah kat kelana jaya... Just hantar kat kelana jaya jer.. Kelana jaya tue satu kawasan perumahan bukan KLIA bukan tempat kapal terbang turun naik.. hayak tertipu rasanya...

Sampai jer orang da ramai.. Macam macam jenis gelagat orang dapat tengok..Ada yang bawak makanan macam nak berkelah tepi tasik , biasalah tempat ramai orang...

Jemaah boleh cheak in dalam pukul sembilan tapi kiteorang balik awal sebab nak suruh cik umi dan encik ayah rehat.. muka-muka  orang nak pegi haji nie berseri jer tambah-tmbah muka cik umi.. yelah dah lame nak pegi tahun nie baru dapat:))

Seronok dapat tgok orang pegi haji secara live... tapi sedih jugak sebab kena tinggal.. nasib Jaja tak meraung terguling2 kat situ sebab nak ikut:))

Insyaallah sampapi masanye Jaja pon nak pegi kat sana jugak:)