20.3.15

kawan


kawan tu susah
lebih menyusahkan
bila ada aura berpaling tadah
dimana kawan sanggup mengungkit cerita lama.
menghina sehina hinanya.
.
dalam ingatan aku
sampai bila-bila
akan jelas satu hal
sindiran dan caci maki
yang kukuh dengan niat
.
aku tak mintak sebutir jasa
untuk dikenang
cukup hanya dengan mengigat kembali saat bersama.
.
tak payah anggap aku siapa-siapa
.
aku hanya bekas kawan yang kau buang kerna sedikit salah faham yang di besar-besarkan tanpa ada rundingan.
.
hancur rasanya.
mati dalam sini (tunding kepala).

26.1.15

ikhlas

Saat kita buat baik,
Dan kebaikan kita pula tidak dihargai,
Bahkan selalu dipersia.

Saat kita tolong orang,
Pada masa yang sama kita pon tak tertolong,
Sedih.

Siap yang tak terluka?
Tapi akukah yang sering terlupa.
Sungguh sangat cepat.

Allah hantarkan ujian,
Untuk menguji keikhlasan
Dan sungguh
Sangat cepat juga
Allah menghantarkan pembelajaran
Mahu bentuk agar aku menjadi
IKHLAS...

23.1.15

rasa aku tentang kamu

Pernah aku bersayang sayang sampai aku sanggup berjaga malam semata mata hanya kamu, pernah aku berhabis duit semata mata nak text kamu.

Hinggalah, sampai satu tahap, dimana aku sedar apa layak aku untuk kamu? Apa layak kamu untuk aku sayang?

Dan mungkin sebab aku penah rasa semua itu, akhirnya aku rasa takut nak sayang yang lainlain. Sehinggakan ramai yang terluka, banyak yang sakit hati dan aku abaikan dia disebabkan perasaan itu dari kamu.

Dia datang tiba tiba mengetuk pagar besi di hati.. aku cuba untuk menerima tapi dia. Aku lukai.

Lalu dia pergi membawa diri tanpa aku sedari dia tertinggal dihati. Tiada ku menduga rasa ini akan hadir..

kawan kata "bila dia pergi baru kau terhegeh hegeh nk cari, baru nak sayang". Hati ini menjawab " bukan baru nak sayang bukan juga baru nak cari cuma aku takut untuk berharap"..

Mungkjn dia hanya datang sekejap memberi rasa yang aku inginkan.. tapi tak ku sangka dia juga akan pergi sepertimana 'mereka' yang pernah aku sayang..

Hanya kerana kamu sorang...

18.1.15

meh nak pesan sikit!!

pesanan kasih sayang :)

Kalau kalau terdengar ada anjing menyalak, diam. *macam anjing kat rumah sewa politeknik

Biar dia menyalak dengan geng dia.

Sebab sekalipun kau suruh binatang tu berhenti menyalak,
Jawabnya sia sia.