18.6.11

pelangi

assalamualaikum..

tadikan mase balik tusyenkan...hahaha semagat nie nak cite...sampai jer kat umah ujan pon turun lah dengan lebat nye diselangi dengan kilat dan guruh...takut tak??takpon kan..hahaha...
lepas hujan turun 2kan saya kuar ar rumah nak tegok pemandagan lepas hujan..
OMG!! jaja nampak benda 2 laa... jarang tahu nak tegok benda tuu... sebulan sekali pon susah na tgok tau...
tahu tak benda ape?? pelangi laa...bukan laskar pelangi tau..tapi pelangi bace betol-betol tau..... indah nyer ciptaan tuhan nie...

tuhan bagi kita hujan sebab lepas hujan tuu tuhan nak bagi kita pelangi supaya kita tahu ada sesuatu di sebalik sesuatu...paham tak ayat gramatis jaja nie??huhuhuu.. maksudnyer same macam tuhan uji kita dengan perkara yang kita takmintak,taksuka tapi kita tak tahu ada hikmah disebalik ujian yang dia bagi kat kita...

orang kata pelangi nie harapan untuk hari esok..betul ke??ntah jaja pon tak tahu...betul lah KOT..huhuhu:))..jadi moral the story...terimalah dugaan,cabaran dengan hati yang tabah...sebab kita tak tahu ape ganjaran ang kita akan dapat...tapi kan story nie memeng serabai laa... jaja pon tak tahu ape yang jaja taip...suke ati jer kan??ada aku kisah...hahaha k bai....



cantikkan pelangi nie...rase hilang kesedihan tegok pelangi:))hidup mesti diteruskan...

16.6.11

Cinta Muka Buku ( original) - Najwa Latif

best jugak lagu nie.. laayaannn..:))

15.6.11

tak tahu..

assalaamuaikum....tak jawab dosa kaalau jwab kompem dapat pahala..

Sekolah,sekolah,sekolah.... NAk cerita pasal sekolah lah arie nie.. Tahu tak knapa jaja nak cerita pasal sekolah?? sebabb jaja pon masih lg bersekolah... tambahan lagi awal musim persekolahan nie selpas dua minggu menjadi PT kat rumah.. Haa!! korang tahu tak  PT tuuu ape?? pengganggur terhormat lah!! Kat sekolah nie tempat paling besh sesangat!! sebab ramai kawan, teman dan sahabat... eiii benda same jer tuu... memang same tapi tak berapa nak serupe OK! hahaha ape yang aku merepek nih... takde moral lgsung...

pegi sekolah buat bodoh.. walau jaja nie bukan bodoh... amik result mid year semangat bebenor nak tengok tp macam takde jiwa jer tgok result... fail loo bat(walau tak dapat  result yang sebenar lagi)...menitik air mata tahu...haaa tipu jer...tp kena tabahka hati terima ape yang dapat.. hahaha mcam pasrah jer ayat jaja kan?? saboo jelah...

korang tahu tahu tak!! my beloved fren dapat markah yang tinggi dari jaja wooo... nie yang bertanbah semangat nak bace mukabuku buku nie... nak tandigi kehebatan die tuu... rase-rase markah jaja dah ok tapi die lagi ok!! tak boleh biarkan benda ini terjadi... siap laa ko bahijah razali dengan nor rulsahida akan ku tewaskan mu...huuhuhuuu semangat + skema + ape yang boleh di plusskan ulasan ayat aku nie...:)

ok!! idea dah takder...jari masih nak main tekan-tekan keyboard nie.. tapi ape yang jaja merepek pon tak tahu...mak jaja tak merepek macam nie..hahaha..ok ape merepek kaat sini mane ada orangkan.. kbai lain kali sambung merepek lagi....

14.6.11

kasih adik..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

8.6.11

saya mengganggur masa cuti sekolah..:)

mengganggur!! dah tak de keje lain ye kau jaja.. of course!! memang bosan gile... dah tak tahu nak buat ape nak study pon macam malas jer...
mujur laa ari ahad dapat keluar pegi jalan-jalan kat kb...
tapi... tak semua boleh pegi.... ummu dengan saleha ada keje lain!! yeke??
best sangat pegi tapi sedikit boring!!


teruja dapat pegang buku cinta islamik 
                                             
                                             
        depan parkson nie..:))

                                                                     
        ok!! nanie dah nak balik.. babai..


ok nie jer gambar yang jaja sempat amik... lain kali jumpe lg....

3.6.11

harapan yang menggunung..

rase rase nyer dah banyak kali niat nak buat blog... Nie baru tercapai.. Harap-harap dapat laa merialisasikan impian nak tulis blog time-time boring or ada benda penting nak tulis...
Saya  bukan pandai bermadah kata, berlagu puisi...tapi saya nak karang jugak ape yang saya rasa patut saya karang...
Harap-harap blog nie tak penuh dengan sawang laah yer...